Kata hikmah Agama


Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ).
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ). Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s